SEK.KEB.METHODIST(ACS)

Thursday, June 25, 2009


berita 2


Pada 16 dan 17 April 2009. Pusat Kegiatan Guru Johol telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web khusus kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sebagai langkah persediaan untuk pertandingan Laman Web Majlis Teknopen N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Peserta telah menunjukkan kesungguhan dan minat membina Laman Web Pusat Sumber mereka sendiri. Keseluruhannya sebanyak 17 buah sekolah telah mewujudkan Laman Webnya dengan begitu menarik dan kreatif. En. Shafi’e bin Diron PTP PKG Johol merupakan fasalitator bagi bengkel tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru GPM di atas kerjasama dan dapat menyiapkan tugasan mereka.


Label ikut Tajuk : ( Link List = INFORMASI PSS )

d) SEJARAH PSS - Label : Sejarah
1. Pengenalan termasuk penubuhan PSS.
2. Latarbelakang PSS.
3. Senarai ringkas penubuhan PSS termasuk GB dan guru GPM.
4. Lokasi beserta gambar dari mula penubuhan hingga sekarang.
5. Pencapaian-pencapaian/anugerah.
6. Lain-lain difikirkan perlu

c) MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI DAN VISI PSS - Label : Matlamat
1. Matlamat: Terangkan matlamat PSS.
2. Objektif: Berikan beberapa objektif PSS.
3. Misi: Mempunyai satu Misi.
4. Visi: Mempunyai satu Visi.


e) BIODATA GURU GPM (About Us)
1. Penerangan secara ringkas biodata GPM beserta gambar.


f) JAWATAN KUASA PSS - Label : Jawatankuasa
1. Jawatankuasa Induk, Kerja, Perpustakaan dan jawatankuasa yang lain.

g) PROGRAM DAN AKVITI PSS - Label : Program
1. Penerangan program dan aktiviti PSS jangkamasa panjang (5 tahun) dan jangkamasa pendek (1 tahun)
2. Carta Gant program dan aktiviti.
3. Termasuk perbelanjaan atau kos satu-satu program.
4. Penilaian program.
h) KEMUDAHAN PSS - Lain link List

1. Bilik Perpustakaan - Label : Bilik Perpustakaan
a. Gambar lokasi Perpustakaan
b. Perkhidmatan yang disediakan
c. Senarai ahli jawatankuasa dan pengawas perpustakaan
d. Jadual penggunaan
e. Lain-lain yang difikirkan perlu.

2. Bilik BBM - Label : Bilik BBM
a. Gambar lokasi bilik
b. Perkhidmatan yang disediakan
c. Ahli jawatankuasa
d. Lain-lain yang difikirkan perlu.
3. Bilik Tayang (Jika ada) - Label : Bilik Tayang
a. Gambar lokasi bilik
b. Perkhidmatan yang disediakan
c. Ahli jawatankuasa
d. Lain-lain yang difikirkan perlu.
4. Lain-lain bilik (Jika ada) - Label :Lain Bilik
a. Gambar lokasi bilik
b. Perkhidmatan yang disediakan .
c. Ahli jawatankuasa
d. Lain-lain yang difikirkan perlu.
5. Ciri-ciri lain (Bonus) - Label : Ciri Lain
° a. Ciri-ciri atau kelebihan PSS yang tidak ada disekolah lain.



i)PROGRAM DAN AKVITI NILAM DAN RAKAN PEMBACA - Label : Nilam
1. Pengenalan tentang nilam.
2. Penerangan tentang penglibatan pelajar
3. Pencapaian pelajar
4. Program dan aktiviti yang dijalankan
5. Pelaporan dan penilaian

j) GALERI PSS - Label : Galeri
1. Tajuk atau tema galeri dalam tahun semasa
2. Gambar lokasi galeri
3. Kemudahan yang disediakan
4. Ahli jawatankuasa
5. Lain-lain yang difikirkan perlu.


k) PROJEK PSS - Label : Projek
1. Tajuk dan tema projek dalam tahun semasa.
2. Ahli Jawatankuasa
3. Kertas kerja projek termasuk kos
4. Gambar projek serta penerangan
5. Lain-lain yang difikirkan perlu


I) EDUWEBTV - Label : EDUWEBTV
1. Penerangan tentang EDUWEBTV
2. Pelaksanaan serta jadual.
3. Jadual penggunaan
4. Pelaporan

m) ICT - Label : ICT
1. Program dan aktiviti PSS yang melibatkan ICT
2. Bahan-bahan ICT dalam bilik PSS beserta gambar (Jika ada)
3. Jadual pelaksanaan penggunaan ICT
4. Kemudahan yang disediakan.
5. Lain-lain yang difikirkan perlu.


n) PROMOSI PSS - Label Promosi
1. Promosi buku atau lain-lain promosi beserta gambar.
2. Keterangan ringkas berkaitan dengan promosi.
3. Jadual pelaksanaan. (Jika ada)


o) KURIKULUM - Label : Kurikulum
1. Penglibatan Panitia Mata Pelajaran dalam PSS.
2. Maklumat ringkas tentang Panitia Mata Pelajaran.
3. Boleh dipisahkan mengikut panitia.

Berita 1


Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.